Rabu, 3 April 2013

Puisi Tentang CINTA Dan KASIH SAYANG

CINTA tidak pernah MEMINTA, ia sentiasa MEMBERI, cinta membawa PENDERITAAN, tetapi tidak pernah BERDENDAM, tak pernah MEMBALAS DENDAM. Di mana ada CINTA di situ ada KEHIDUPAN. manakala KEBENCIAAN membawa kepada KEMUSNAHAN TUHAN memberi kita DUA KAKI untuk BERJALAN, DUA TANGAN untuk MEMEGANG, DUA TELINGA untuk MENDENGAR dan DUA MATA untuk MELIHAT. Tetapi mengapa Tuhan hanya MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI pada kita? Karena TUHAN telah memberikan SEKEPING lagi. HATI pada SESEORANG untuk kita MENCARINYA. Itulah NAMANYA CINTA...??? Ada DUA titis AIR MATA mengalir di sebuah SUNGAI. SATU titis air mata itu MENYAPA air mata yg satu lagi,” Saya AIR MATA seorang GADIS yang MENCINTAI seorang LELAKI tetapi telah KEHILANGAN. Siapa kamu pula?”. Jawab titis AIR MATA ke DUA tu,” Saya AIR MATA seorang LELAKI yang MENYESAL membiarkan seorang GADIS yang MENCINTAI SAYA berlalu begitu SAHAJA.” JIKA kita mencintai SESEORANG, kita akan sentiasa MENDOAKANNYA. walaupun dia TIDAK berada DISISI KITA. JANGAN SESEKALI mengucapkan SELAMAT TINGGAL jika kamu masih MAU MENCOBA. JANGAN SESEKALI menyerah jika kamu masih MERASA SANGGUP. JANGAN SESEKALI mengatakan kamu tidak MENCINTAINYA LAGI jika kamu masih tidak DAPAT MELUPAKANNYA Perasaan CINTA itu dimulai dari MATA, sedangkan rasa SUKA dimulai dari TELINGA. Jadi jika kamu mahu BERHENTI menyukai seseorang, CUKUP dengan menutup TELINGA. Tapi apabila kamu Coba MENUTUP MATAMU dari orang yang KAMU CINTAI, cinta itu BERUBAH menjadi TITISAN AIR MATA dan terus TINGGAL DIHATIMU dalam jarak waktu yang CUKUP LAMA Jangan SIMPAN kata-kata CINTA pada orang yang TERSAYANG sehingga dia MENINGGAL DUNIA , lantaran akhirnya kamu TERPAKSA catatkan kata-kata CINTA itu pada PUSARANYA . Sebaliknya UCAPKAN kata-kata CINTA yang tersimpan dibenakmu itu sekarang SELAGI ada HAYATNYA. Mungkin TUHAN menginginkan kita BERTEMU dan BERCINTA dengan orang yang SALAH sebelum BERTEMU dengan orang yang TEPAT, kita harus mengerti bagaimana BERTERIMA KASIH atas KARUNIA itu. CINTA bukan MENGAJAR kita LEMAH, tetapi membangkitkan KEKUATAN. Cinta bukan MENGAJAR kita MENGHINAKAN DIRI, tetapi MENGHEMBUSKAN KEGAGAHAN. Cinta bukan MELEMAHKAN SEMANGAT, tetapi MEMBANGKITKAN SEMANGAT CINTA dapat mengubah PAHIT menjadi MANIS, DEBU beralih EMAS, KERUH menjadi BENING, SAKIT menjadi SEMBUH, PENJARA menjadi TELAGA, DERITA menjadi NIKMAT, dan KEMARAHAN menjadi RAHMAT. Sungguh MENYAKITKAN MENCINTAI seseorang yang tidak MENCINTAIMU, tetapi lebih MENYAKITKAN adalah MENCINTAI seseorang dan kamu tidak pernah MEMILIKI KEBERANIAN untuk MENYATAKAN CINTAMU KEPADANYA Hal yang MENYEDIHKAN dalam hidup adalah ketika kamu BERTEMU seseorang yang sangat BERARTI BAGIMU. Hanya untuk menemukan bahaw pada akhirnya menjadi TIDAK BERARTI dan kamu harus MEMBIARKAN PERGI Kamu TAU bahwa kamu sangat MERINDUKAN seseorang, ketika kamu MEMIKIRKANNYA hatimu HANCUR BERKEPING-KEPING. Dan HANYA dengan mendengar kata “HAI” darinya, dapat MENYATUKAN kembali KEPINGAN HATI tersebut. TUHAN ciptakan 100 bahagian KASIH SAYANG. 99 disimpan DISISINYA dan hanya 1 bahagian DITURUNKAN ke DUNIA. Dengan KASIH SAYANG yang satu BAHAGIAN itulah, makhluk SALING BERKASIH SAYANG sehingga kuda MENGANGKAT kakinya kerana TAKUT anaknya TERPIJAK. Kadangkala KAMU tidak MENGHARGAI orang yang MENCINTAI kamu SEPENUH HATI, sehinggalah kamu KEHILANGAN. Pada saat itu, TIADA GUNA PENYESALAN karena PERGINYA tanpa BERPATAH lagi. Jangan MENCINTAI seseorang SEPERTI BUNGA, kerana bunga MATI KALA musim BERGANTI. Cintailah mereka seperti SUNGAI, kerana sungai MENGALIR selamanya. CINTA mampu melunakkan BESI, menghancurkan BATU, membangkitkan yang MATI dan MENIUPKAN KEHIDUPAN padanya. serta membuat BUDAK menjadi PEMIMPIN. Inilah DASYATNYA CINTA...!! PERMULAAN cinta adalah MEMBIARKAN orang yang kamu CINTAI menjadi dirinya SENDIRI, dan tidak MERUBAHNYA menjadi gambaran yang kamu INGINKANi. Jika tidak, kamu hanya mencintai PANTULAN diri sendiri yang kamu temukan DI DALAM DIRINYA Kata-kata CINTA yang LAHIR hanya sekadar DI BIBIR dan bukannya DI HATI mampu MELUMATKAN seluruh JIWA RAGA, manakala kata-kata CINTA yang LAHIR dari HATI yang IKHLAS mampu untuk MENGOBATI segala LUKA DI HATI orang yang MENDENGARKANNYA Kamu TIDAK pernah TAHU bila kamu akan JATUH CINTA. namun apabila sampai SAATNTA itu, RAIHLAH dengan KEDUA TANGANMU,dan jangan BIARKAN dia PERGI dengan SEJUTA RASA tanda tanya DIHATINYA CINTA bukanlah kata MURAH dan LUMRAH dituturkan dari MULUT ke MULUT tetapi CINTA adalah ANUGRAH TUHAN yang INDAH dan SUCI jika manusia DAPAT menilai KESUCIANNYA Bukan LAUT namanya jika AIRNYA tidak BEROMBAK. Bukan CINTA namanya jika perasaan TIDAK PERNAH LUKA. Bukan KEKASIH namanya jika HATINYA tidak pernah MERINDU dan CEMBURU. BERCINTA memang MUDAH. Untuk DICINTAI juga memang MUDAH. TAPI untuk DICINTAI oleh orang yang KITA CINTAI itulah yang SUKAR DIPEROLEH Satu-satunya CARA agar kita MEMPEROLEH KASIH SAYANG, ialah jangan MENUNTUT agar kita DICINTAI, tetapi mulailah MEMBERI KASIH SAYANG kepada orang lain TANPA mengharapkan BALASAN.

Ahad, 10 Mac 2013

Fakta Tentang Cinta

Fakta menarik tentang cinta dan boleh dibuat inspirasi kepada hubungan anda :

1-.Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya.(yang ni aku x tahu betul atau x sbb aku sndri x kawen lagi..hahaha)

2-.43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen.

3-. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati.

4-. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(yang ni aku x sokong sebab aku sendiri pernah alami,jtuh hati xsmstinya dgn orang yg dah lma knal)


5-.Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat  dan

Sabtu, 9 Mac 2013

Budak-budak Underground 2

Ok,kita sambung balik fasal budak underground...ini yang ke 2 ok..Selamat membaca!!!hahaha

9. Mat Hardcore.
• dahulunya dikenali sebagai Budak CM Atas. Kenapa atas? Sebab masa zaman-zaman kegemilangan Hardcore Malaysia dahulu (zaman Strange Culture Records, kepada yang ingat) mereka ini pantang di lihat melepak di Restoran Hameed yang terletak di sebelah bawah Pasar Seni Kuala Lumpur yang penuh dengan peminat indie, punk dan ahli kumpulan Exist serta Fotograf. Istilah KLHC atau Kuala Lumpur Hard Core popular dahulu, tetapi sekarang istilah MYHC atau Mamat Yang Hard Core lebih diutamakan. Mungkin.
• suka melompat ketika gambar mereka di ambil di gig. Tak kisahlah sama ada bermain di atas pentas atau sekadar penonton, janji lompat. Lagi tinggi lagi bagus. Paling seronok kalau berada di gig yang ada mosh-pit.(sape-sape yang paham tu buat-buat tak paham lah ye...hahaha)
• suka mengambil gambar kumpulan beramai-ramai, terutamanya di dalam terowong. Selalunya berseluar pendek dan berbaju hitam, berjenama tempatan seperti Suicidal Clothing dan Hatkor Clothing.
• paling agresif. Suka pukul penulis blog beramai-ramai.
• yang sudah berteman wanita akan mula mengalih minat ke jenis muzik screamo, kemudiannya emo dan akhirnya Damien Rice.
• band tempatan kegemaran : Cassandra, Second Combat.

10. Mat Muzik Seni.
• paling tiada rupa peminat muzik. Selalunya berpakaian macam pelukis selekeh.
genre kegemaran : noise dan avant garde. Contohnya bunyi peti ais, bunyi hawa dingin, kentut dan statik.
• sering dilihat bersama mikrofon dan perakam bunyi. Komputer riba juga teman sejati. Pandai melukis, bersajak, berpuisi dan menari abstrak.
• sukakan persembahan seni+muzik yang diselitkan dengan tarian artistik lelaki bogel, ketukan periuk dan gergaji patah. Selalunya sebab tak pandai main muzik atau mengutamakan ekspresi muzik lebih dari muzik itu sendiri.
• artis tempatan kegemaran : Goh Lee Kwang, Ciplak.

11. Mat Skinhead.
• botak. Suka pakai bomber jacket atau apa-apa jaket tebat, berkasut but kulit hitam bertali kasut putih dan berseluar ketat biru yang dikenakan suspender.
• suka minum arak dan perasan mabuk sikit sudah naik angin. Suka membelasah orang disebabkan mabuk sikit. Sekurang-kurang ada alasan, "Saya mabuk bang...."
• suka pergi ke London jika ada duit untuk mendalami scene skinhead di sana. Sampai di sana selalunya dipukul Mat Salleh skinhead atas dasar diri bukan Mat Salleh atau kaum Aryan.
• selain dari punk, amat meminati ska, rock steady dan reggae sikit. Semuanya sebab boleh skanking. (Tarian bebas ala-beruk yang menyusahkan orang awam.)
• berumur kurang 22 tahun tapi pandai minum Guinness.
• contoh band tempatan kegemaran : ACAB (yang sudahpun indie dan berambut panjang), Gerhana Ska Cinta.

12. Mat Singer-Songwriter.
• hanya minat muzik yang didendangkan dengan satu atau dua gitar akustik berserta gendang. Tiada gitar elektrik, tiada dram.
• suka menulis surat cinta dan pakai baju yang menampakkan bulu dada.
• paling ramai kawan perempuan di antara semua kelompok di sini sebab mereka sensitif dan penyayang. Kadangkala dianggap homoseksual.
• contoh artis tempatan kegemaran : Reza Salleh, Azmyl Yunor.

13. Mat Rock Kapak.
• kelompok yang paling jarang dijumpai. Senang dijumpai di Singapura. Aku tak tahu kenapa.
• rambut panjang mengerbang, jeans ketat dan baju singlet nampak bulu ketiak. Aksesori kegemaran : key (saputangan bercetak Pakalolo), kasut sukan Aliph Hi-Cut.
• subjek utama filem "Rock" arahan Mamat Khalid. ("Rock ouh...!")
• selalunya berjalan kengkang disebabkan seluar yang ketat. Leher yang berotot disebabkan selalu berheadbanging.
• rajin sembahyang.
• kalau rakyat Malaysia, selalu dianggap orang Jawa Singapura atau Jawa dari Jawa.
• contoh band tempatan kegemaran : Search (versi Hillary Ang), Wings (versi "Hukum Karma")

14. Mat Mod.
• kelompok asli dari kelompok #2. Lebih menjurus ke arah indie dari UK pra-1992 seperti The Smiths, Joy Division, The Cure. Juga minat ke rock klasik dari UK seperti The Who, The Stooges dan The Jam.
• suka skuter Vespa klasik ala Sting dalam filem "Quadrophenia".
• suka menonton siri televisyen CSI semata-mata hendak mendengar lagu tema CSI yang dipetik dari lagu The Who.
• paling tak suka jika ke The Loft di Zouk pada malam Jumaat dan kebetulan datang ketika giliran DJ Xu main.
• contoh band tempatan kegemaran : OAG, Laila's Lounge.

15. Man Rasta.
• suka reggae dan warna merah, kuning dan hijau. Jarang bersyampu rambut.
• suka berekreasi sambil menghisap daun yang bukan tembakau dan mandi laut.
• sembah 'Jah' walaupun dalam kad pengenalan beragama Islam. (aku rasa stereotaip sangat sampai aku pun malas tulis.)
• band tempatan kegemaran : Republic of Brickfields, Prana.

16. Otai
• tuhan scene berumur 30 tahun ke atas dan masih kekal underground. Maksudnya tak pernah sertai rancangan "Blast Off", "Akademi Fantasia" mahupun "Sempurnakan Harimu".
• selalu menjadi bahan wawancara penulis giat yang menerbitkan zine yang difotostat penuh dedikasi dan usaha dari luar Wilayah Persekutuan dan Selangor.
• ada blog sendiri. Mungkin.

Banyak sangat tulis ni. Aku berhenti di sini, lihat apa kata kamu pula...hahahahaha...

Budak-budak Underground 1

 Aku memang minat muzik, tapi malangnya kerjaya aku sebagai ahli fizik nuklear tidak membolehkan aku untuk meluangkan masa dengan muzik. Sikit-sikit bolehlah, sekadar layan iTunes, melayari Facebook sambil melihat gambar-gambar dan memuat-turun lagu dari Soulseek.

 Kalau aku, dulu memang aku suka menghabiskan masa di gig. Sekarang dah kurang, maklumlah sindrom carpal tunnel aku akibat terlalu kuat sangat bekerja membuatkan aku lebih selesa melepak di rumah ketika hujung minggu atau cuti. Lagipun aku lebih senang meluangkan masa dengan teman wanita, mana tahu dia bawakan lagi pasta dengan kentang berherba masakannya...hahaha..

Tapi aku memang suka pergi gig. Bukan untuk menonton band yang sedang beraksi, tapi untuk melihat telatah manusia. Manusia underground, walaupun istilah underground sekarang adalah paradoks yang semakin menggelikan hati. Apa yang underground sekarang? . Jadi untuk hari ini, secara ringkas aku persembahkan tafsiran kelompok-kelompok budak underground. Tafsiran am saje ye..

1. Mat Indie versi Hipster/Scenester.
'Indie' asalnya adalah singkatan independent, atau 'merdeka', di sini bermaksud band-band atau pemuzik yang bebas dari jajahan syarikat rakaman gergasi. Sekarang dah lain maksudnya. Mungkin Indiana Jones.
Ciri-ciri utama :
• contoh band tempatan kegemaran : Hujan, Bittersweet.(tapi aku minat Bittersweet sebab musiknya lebih "auuuwww" dari band yang lain)

2. Mat Indie Aktivis/Penganjur.
Mereka ini asalnya dari #1, tapi disebabkan tersedar dan tersentak, mengambil usaha pro-aktif untuk 'memberi' lebih dari 'menerima' dari scene. Scene di sini bermaksud arena bawah tanah lah.
Ciri-ciri utama :
• penganjur gig. Biasanya gig yang tak cukup amp gitar dan tiada bayaran untuk band. Menggunakan Myspace untuk menghantar spam berupa flyer gig. Kadang-kala flyer yang ala kadar, tapi semenjak dua menjak ini ramai penganjur yang menghabiskan masa lebih untuk mencantikkkan flyer dari memikirkan masalah logistik penganjuran gig sendiri. Menganjurkan gig semata-mata untuk usha awek.
• tak suka berpakaian Topman, tapi sebaliknya gemar mengenakan pakaian keluaran label-label streetwear tempatan. Sekarang ni memang banyak. PopMalaya lah, Kurasaraksasa lah. Bertimbun. Jeans vintage hasil penyelidikan terperinci sehari di kedai bundle Orlama.
• tak minum arak dan tidak mengamalkan seks bebas sebab haram.
• tak kenal band selain yang keluar di MTV, Channel V, hitz.tv dan blog ini.
• klimaks tahunan ialah Rock The World sebab ramai awek.
• contoh band tempatan kegemaran : Pop Shuvit, OAG.

 3. Punk Asli Bertampal.
• berpakaian hitam, biasanya penuh ditampal dengan patches band-band crust punk. Punk untuk mereka bukan Sex Pistols, tapi Crass, Disrupt (juga semua band yang mempunyai nama bermula dengan 'Dis') dan juga band crust-grind dan fastcore seperti Drop Dead, What Happens Next dan yang sewaktu dengannya. Sila Google sendiri. Kasut, topi, beg galas, semuanya hitam dan bertampal walaupun tak berlubang.
• suka makan percuma di Food Not Bombs.
• tak suka muat-turun lagu dari Internet, sebaliknya suka membeli kaset dan rekod 7 inci. CD tak main. Kulit luar kaset/rekod biasanya ada dua warna, hitam dan putih, atau merah dan hitam, atau hitam dan putih lagi.
• walaupun punk tapi suka mandi sebab di sini senang berpeluh.
• pantang disebut perkataan 'Rock The World'.
• contoh band tempatan kegemaran : Carburetor Dung.

4. Punk/Emo Tak Asli versi Rock The World.
• berpakaian hitam seperti #3 di atas juga tapi kemas, rapi dan terjaga. Suka mengenakan produk rambut
• peminat Good Charlotte, Sum 41, One Buck Short dan semua band punk MTV yang sewaktu. Yang tua sikit akan mengaku peminat fanatik Green Day atau Offspring. Yang versi emo peminat setia Funeral For A Friend, Taking Back Sunday dan AFI.
• suka menghabiskan waktu di forum Jamtank.com
• suka mandi seperti #3, tapi ditambah minyak wangi.
• suka panggil Ampang sebagai 'Ampunk'.
• klimaks tahunan ialah persembahan One Buck Short di Rock The World.
• contoh band tempatan kegemaran : One Buck Short, Frequency Cannon.

5. Mat Metal Asli
• juga berpakaian hitam, tapi berambut panjang. Jarang ada aksesori di badan, kalau ada pun cincin bertengkorak dan rantai beg duit.
• peminat Sodom, Kreator, Slayer, King Diamond. DVD kegemaran = Metal: A Headbangers Journey. Band paling dibenci = Metallica sebab ada bekas pemain tenis dan pemusnah Napster. Secara amnya band yang paling kurang bergambar (atau lagi tua) lebih diminati.
• paling marah bila dituduh Black Metal versi Harian Metro. Tak pernah pegang kambing hitam.
• pembaca setia majalah Kerrang, Metal Edge. Bukan pembeli setia.
• berdiri di barisan depan sekali ketika konsert Napalm Death tempohari.
• contoh band tempatan kegemaran : Silkhannaz, Silent Death.

6. Mat Metal Moden.
• senang sahaja nak bezakan yang ini dengan #5. Golongan ini suka berseluar pendek yang longgar.
• peminat Trivium, Damageplan dan Lamb Of God setelah bosan mendengar Korn, Slayer dan Slipknot. Band yang lagi laju lagi bagus. Tapi tak boleh laju sangat sampai jadi grind atau noisecore.
• kalau pemain gitar akan ada dua gitar berbucu tajam (satu gitar bertali enam, satu gitar bertali tujuh) dan amp gitar berkuasa tinggi (1ooW) hasil penat lelah mengajar di kelas gitar untuk kanak-kanak di kedai gitar. Tapi tiada band dan main gitar dalam bilik berseorangan selepas selesai kerja.
• klimaks tahunan melihat Koffin Kanser dan Deja Voodoo Spells beraksi di Rock The World.
• contoh band tempatan kegemaran : Deja Voodoo Spells. Erm.. lain tak tahu.

(New Order sedang berkumandang.)

7. Mat Grunge Ketinggalan.
• peminat setia Encik Kurt Cobain dan album Butterfingers '1.2 Milligrams'.
• panggil kawasan Setiawangsa sebagai 'Seattlewangsa'.
• ada band sendiri, tapi hanya main lagu orang dan bukan lagu sendiri. Kalau lagu sendiri pun akan kedengaran seperti lagu zaman 1995. Sering diundang untuk bermain di gig yang tajuknya bermula dengan perkataan 'Tribute to..."
• gemar Audioslave sebab ada Chris Cornell dari band grunge gergasi Soundgarden, (walaupun lagunya tak sedap), tapi tak suka Rage Against The Machine sebab ada unsur rap, suka Foo Fighters sebab ada Dave Grohl dari Nirvana.
• untuk memodenkan diri agar tidak kolot akan menggelarkan peminat/pemain genre muzik baru dinamakan 'post-grunge'.
• contoh band tempatan kegemaran : Disagree, Butterfingers.

8. Dragon Red
• walaupun ada 5 orang tapi mengalahkan kekecohan Perhimpunan Umno.
• sering mengenakan pakaian Adidas yang dibeli dengan wang kocek sendiri dan kemudiannya mengaku ditaja Adidas. Kalau tak menjadi, buang Adidas, tukar ke Nike semula dan ulang balik langkah tadi.
• hebohkan ke satu Malaysia ketika dijemput untuk bermain di festival muzik mini di kawasan ulu Amerika Syarikat dan kemudiannya senyap bila satu band tidak dapat bermain kerana kegagalan mendapatkan visa ke sana.
• contoh band tempatan kegemaran : Dragon Red.

Aku ingatkan nak cukupkan sampai sepuluh.Korang sume jangan nk serang aku plak...hahaha.. Tapi aku dah tua bangka. Sel-sel otak aku sudah semakin penat. Dan kepala sedang berpinar-pinar. Mungkin nanti aku akan sambungkan ke Budak-budak Underground 2 pulak. Cerita Lain. Masa untuk beristirehat...

Jumaat, 8 Mac 2013

Teori Tentang Mindset Kita

Kadang-kala aku sedih, melihat kita (kita di sini bermaksud kaum Melayu, maaf ya untuk pembaca-pembaca aku yang bukan Melayu). Kita yang membuka butang atas baju kemeja seragam kita selepas jam 3 petang, kita yang hanya boleh minum teh tarik dan kopi selepas jam 4 petang, kita yang pandai membina benda-benda yang indah tersergam tapi tak pandai menyelenggara, kita yang mengejar gelaran semata-mata inginkan wang, dan macam-macam benda lagi lah yang kita semua amalkan, atau yang kita tahu sedang diamalkan.


Tapi kita tak endah, atau kita bolehkan saja. Asal boleh. 'Boleh-lah tu', memang ungkapan yang kita dengar tiap-tiap hari.

Kadang-kala aku pun hairan, kenapa jurang antara satu kaum (tak kisah majoriti atau minoriti), di mana-mana negara di atas bumi kita ini jauh berbeza? Mengapa ada bangsa yang memang rajin, atau dikenalpasti sebagai maju, dan kenapa ada yang ketinggalan?

Teori aku mudah sahaja. Faktor geografi.

Cuba fikirkan, kita tinggalkan di sebuah negara tropika, tidak jauh dari garis lintang khatulistiwa, yang berhawa panas sepanjang tahun. Cuaca panas, cuaca santai, malapetaka pun kurang.

Kita berada di tanah yang boleh dikatakan terlindung dari pelbagai malapetaka, dilindungi oleh Indonesia di selatan kita, dan Lautan Cina Selatan pun bukan merupakan lautan dalam yang penuh dengan jurang gelinciran yang bahaya. Dan secara adatnya pun, kita berasal dari golongan petani atau nelayan, golongan yang pada asalnya hidup dengan mengerjakan tanah dan lautan kita.

Kita memang biasa dengan kehidupan santai dan tak perlu bersusah payah jika dibandingkan dengan penduduk negara lain. Kita tak perlu membina semula selepas gempa bumi yang dahsyat, kita tak perlu mencari kayu api ketika salji turun dengan lebat, kita tak perlu larikan diri ketika gunung berapi meletup, kita tak perlu membina semangat selepas negara kalah perang selepas dibom dengan bom nuklear. Paling kuat pun kita ada banjir, tapi kita pun suka banjir, boleh main air (balik kepada teori tandas basah aku), main perahu, dan banyak lagi. Malapetaka, yang jika dibandingkan, tidak seteruk bom nuklear, atau gempa bumi, atau fros.

Tapi ramai orang dalam dunia kita hidup susah. Walaupun ramai yang sebegitu, tapi hanya segolongan kecil yang betul-betul berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka. Mereka ini lah yang benar-benar maju. Mereka yang menukarkan nasib malang mereka, yang mengeksploit nasib yang menimpa mereka untuk dijadikan pemangkin untuk maju ke hadapan.

Bukan mudah, ada yang mengambil beratus malah beribu tahun, tapi ada negara yang mengambil kurang dari 50 tahun untuk mengubah nasib negara mereka. Lihat sahaja Korea dan Jepun, 50 tahun dahulu, apa yang mereka ada? Tiada bijih untuk dilombong, tiada hasil pertanian, tiada apa-apa langsung.

Dan kita di sini bergelimpangan dengan bijih timah dan getah dahulu, dengan petroleum, dengan pelbagai kekayaan bumi.

Apa bezanya mereka dengan kita? Pendidikan. Pertukaran mindset. Pelaburan dalam pendidikan modal insan. Tak perlu berbahasa Inggeris untuk memudah perantaraan. Tak perlu meletakkan Malaysia di peta dunia dengan KLCC atau menarik kapalterbang Boeing dengan gigi. Malaysia memang sudah ada di peta dunia, kita tak akan ke mana-mana.

Mungkin secara logiknya ada orang di Putrajaya sana yang berpendapat disebabkan kita tak perlu banyak bersusah payah dari dahulu (tiada gempa bumi, bom atom dan sebagainya), jadi kita perlukan galakan atau pemangkin seperti semua 'pencapaian berlandaskan hasil kerja orang bukan Malaysia' kita (lihat KLCC, KLIA dan Dr. SMS sebagai contoh) untuk mengilhamkan pergolakan semangat kita untuk maju. Sebenarnya tak perlu itu semua...

It's just your mindset.

Ada di antara kita yang bernasib baik, yang telah diberi peluang untuk mengalami sendiri mindset mereka ini (bagi yang tidak ber'kampung Malaysia' di negara orang lain lah...) dan kadangkala kita kekok bila kita kembali ke negara asal. Bukan sebab apa, mungkin kita sendiri sedar, secara langsung atau tidak, kita telah berubah menjadi manusia yang lebih berkesan atau efficient. Manusia yang lebih rajin, manusia yang pandai menepati masa dan janji, manusia yang berusaha keras.

Tapi masih ada bezanya bagi mereka yang hanya mengutuk kekurangan yang diperhatikan, dan dengan mereka yang mengambil inisiatif untuk mempengaruhi mindset orang di sekitar dengan mindset baru yang mereka pelajari.

Dan selalunya perjuangan untuk menukar mindset orang sekeliling bukan mudah.

"Kau dah bukan Melayu..."

"Kau dah lupa daratan... Lupa asal usul..."

"Ala... kita Melayu, nak buat macam mana?"

Banggakah kamu kalau kita sebegini? Kenapa kamu takut sangat untuk mengatasi herd mentality (mentaliti kelompok?) kamu untuk mendapat peluang maju ke hadapan? Walaupun setapak, tapi setapak maju ke hadapan?

Susah sangat ke untuk membuat sesuatu dengan cara yang lebih efficient berbanding dengan cara lama dan kolot kamu? Menakutkan sangat ke perubahan dan pembaruan untuk kamu?

Kalau kamu sudah pun melakukan perubahan dengan revolusi kecil kamu, aku tabik kamu, dan jangan putus asa. Untuk yang lain, maaf, tapi aku sudah tak benarkan komen secara Anonymous di blog aku.

Meraih Cinta Dengan Kejujuran dan Kesabaran


Cinta adalah sebuah rasa hati yang selalu menarik untuk dibicarakan. Ia adalah sebuah rasa hati yang unik yang ada dalam jiwa manusia. Lihatlah ketika banyak sekali orang yang membicarakan masalah cinta dan kasih sayang. Dari mulai puisi cinta, kata mutiara cinta, cerita cinta, kisah cinta  dan artikel cinta lainnya. Sehingga topik mengenai percintaan seolah tidak akan pernah ada habisnya. Saya pada kesempatan kali ini hanya ingin berbagi kata mutiara cinta dengan sahabat-sahabat saya melalui catatan kecil tentang sebuah cinta sebagai nasehat diri, renungan hidup dan muhasabah diri bagi saya sendiri khususnya. Dan mudah-mudahan ada manfaat yang bisa sahabat ambil dari catatan sederhana ini….Aamiin yaa Robbal Alamin. Salah satu mutiara dan pelita hidup dalam diri seorang insan adalah kejujuran dan kesabaran. Kejujuran dan kesabaran bagaikan tiang dalam suatu bangunan, yang menjadi salah satu kekuatan untuk menghasilkan sebuah bangunan yang kokoh dan mampu menopang beban berat.
Begitu pula kejujuran dan kesabaran dalam sebuah kisah cinta. Kejujuran dan kesabaran akan menjadi salah satu kekuatan penting agar rasa cinta tertanam kuat dalam diri seorang hamba, tumbuh subur berkembang dan berdiri kokoh penuh keindahan.
cinta itu tidak buta,tetapi manusia itu sendiri yang membutakannya

Sebuah kisah cinta tanpa kejujuran dan kesabaran, maka ia akan menjadi rapuh tak berkekuatan hingga akhirnya hancur, karena tak akan mampu menghadapi ujiannya dan memalingkan diri dari godaannya, serta tak akan mampu meraih kebahagiaan karena kemunafikan dirinya.
Maka, bukanlah cinta kalau tidak ada kejujuran hati, ucap dan sikap di dalamnya, karena cinta pada dasarnya adalah kejujuran menuangkan perasaan dan hati nurani juga lisan dan perbuatan. Dan bukan pula cinta namanya, kalau kesabaran tidak menjadi perisai dirinya, karena untuk meraih kebahagiaan dan manisnya rasa cinta sangatlah dibutuhkan adanya kesabaran diri dari seorang insan.
Cintailah apapun yang engkau cintai karena Allah semata, karena engkau tak akan pernah rugi untuk selamanya!

Makna Ungkapan “Pengalaman Adalah Guru Terbaik”


KANDUNGAN MAKNA DALAM UNGKAPAN
Seringkali kita mendengar ungkapan Pengalaman adalah guru terbaik, bahkan mungkin ungkapan ini sudah tidak asing lagi di telinga kita. Mayoritas masyarakat di lingkungan kita hampir sama dalam memaknai arti ungkapan tersebut. Secara umum makna unkapan dari Pengalaman adalah guru terbaik yaitu suatu kejadian atau peristiwa yang menimpa perjalanan hidup kita pada masa yang telah lewat baik peristiwa menyenangkan maupun tidak menyenangkan, kemudian atas kejadian atau peristiwa tersebut kita jadikan sebagai suatu pelajaran, peringatan dan motivasi yang berharga dalam menyikapi dan menentukan langkah perjalanan hidup berikutnya.
Pada dasarnya, kejadian atau peristiwa menyenangkan dan tidak menyenangkan adalah sebagai suatu akibat dari apa yang telah kita usahakan dan perjuangkan sebelumnya. Bila kita mengusahakannya dengan cara yang salah, tanpa perencanaan matang dan pertimbangan cermat, maka kita akan menuai hasil atau kenyataan yang tidak menyenangkan dan tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan. Begitupun sebaliknya, bila kita mengusahakannya dengan cara yang benar, perencanaan matang dan pertimbangan yang cermat, maka kita tinggal menunggu sesuatu yang menyenangkan itu datang pada diri kita.

PENGALAMAN DALAM DUA MAKNA
Bagi penulis, Pengalaman adalah guru terbaik memiliki dua makna. Pengertian ini didasarkan pada apa yang terkandung dalam kata pengalaman itu sendiri. Kata pengalaman dapat diartikan sebagai bagian dari kejadian atau peristiwa dalam perjalanan hidup yang terjadi pada waktu yang telah lewat. Yang perlu digarisbawahi adalah apakah pengalaman itu merupakan suatu kejadian atau peristiwa yang menimpa diri sendiri atau orang lain? Berdasarkan pertanyaan ini, maka ungkapan Pengalaman adalah guru terbaik memiliki dua makna jika ditinjau dari segi orang yang tertimpa yaitu berdasarkan pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain.
a. Pengalaman diri sendiri adalah guru terbaik
Ungkapan Pengalaman diri sendiri adalah guru terbaik dapat diartikan sebagai kejadian atau peristiwa yang terjadi pada waktu yang telah lewat yang menimpa diri kita sendiri dan tidak menimpa orang lain, kemudian dari peristiwa atau kejadian itu kita jadikan sebagai pelajaran atau peringatan menuju langkah perjalanan hidup berikutnya.
Dalam memaknai ungkapan ini, sudah jelas bahwa kejadian menyenangkan dan tidak menyenangkan itu memang terjadi pada diri kita sendiri bukan atas kejadian atau peristiwa yang menimpa orang lain dan hanya diri kita yang merasakan dan diri kita sendiri yang menanggung akibatnya.
Mengacu pada ungkapan diatas, kejadian atau peristiwa tidak menyenangkan itu akan menjadi dasar kita untuk mengambil hikmah bahwa kita harus berhati-hati dalam bertindak dan bertutur kata, merencanakan dengan matang sebelum jauh melangkah dan mempertimbangkan kembali secara cermat. Tanpa perencanaan dan pertimbangan dalam menentukan langkah hidup, maka kemungkinan besar kita akan terjerumus pada kehidupan yang tidak menyenangkan dan keterpurukan. Sedangkan atas kejadian atau peristiwa yang menyenangkan, maka kita akan mengambil hikmah untuk selalu dan terus mengikuti langkah-langkah yang kita ambil sebelum kehidupan yang menyenangkan datang menimpa kita.
Dari uraian diatas, dapat penulis gambarkan bahwa kita belajar memaknai hidup dengan mempelajari dan mengambil hikmah dari kejadian atau peristiwa yang menimpa diri kita sendiri. Bila yang menimpa itu sesuatu yang menyenangkan, maka hal itu tidaklah masalah karena telah sesuai dengan apa yang kita harapkan sebelumnya. Akan tetapi bila yang menimpa diri kita adalah sesuatu yang tidak menyenangkan bahkan menyakitkan, maka hal itu akan selalu tertanam dalam benak kita sepanjang kita belum bisa melepaskannya.
b. Pengalaman orang lain adalah guru terbaik
Dalam menyingkap makna Pengalaman orang lain adalah guru terbaik maka pikiran yang ada dalam benak kita adalah kita melihat, mendengar dan berusaha semampu kita untuk merasakan apa yang orang lain rasakan. Sudah jelas bahwa pengertian dari ungkapan Pengalaman orang lain adalah guru terbaik yaitu suatu kejadian atau peristiwa yang telah menimpa orang lain kemudian kita belajar dari pengalaman tersebut sebagai bekal kita dalam mengarungi perjalanan hidup kita sendiri. Dengan kata lain, kejadian atau peristiwa itu sama sekali belum menimpa diri kita dan kita sama sekali belum merasakannya.
Seperti telah diuraikan dalam pembahasan sebelumnya, bila yang menimpa itu adalah sesuatu yang menyenangkan maka hal itu tidak akan menjadikan masalah bagi kita melainkan hanya sebagai motivasi dan pelajaran bagaimana caranya kita dapat menggapai harapan diri kita sendiri dengan belajar dari pengalaman orang lain.
Lain halnya bila yang menimpa itu adalah sesuatu yang tidak menyenangkan, maka keberuntungan kita yaitu dapat belajar dari pengalaman orang lain sebelum sesuatu yang tidak menyenangkan itu menimpa diri kita. Dengan demikian kita akan selalu hati-hati dan waspada dalam menyikapi dan mengambil langkah kita selanjutnya. Kita akan selalu berusaha untuk melakukan persiapan dan perencanaan yang lebih baik agar terhindar dari rasa sakit dan keterpurukan.
MANA YANG TERBAIK DARI KEDUANYA ?
Bila kita harus memilih ungkapan mana yang sebaiknya kita ambil dalam menentukan prinsip hidup kita? Sepintas pertanyaan ini mungkin mudah, tapi dalam prakteknya mungkin akan tidak sesuai dengan apa yang kita bayangkan. Poin dari pertanyaan ini sebenarnya akan lebih dominan pada sesuatu yang tidak menyenangkan, karena untuk sesuatu yang menyenangkan kita hanya tinggal belajar dari diri kita sendiri dan melihat perjalanan orang lain kemudian memahami dan mempraktekkannya dalam perjalanan berikutnya. Berbeda dengan sesuatu yang menyenangkan, dalam hal sesuatu yang menimpa hidup kita itu adalah sesuatu yang tidak menyenangkan, menyedihkan bahkan menyakitkan, maka kita akan dihadapkan pada efek fisik dan psikis yang membahayakan.
Dibawah ini merupakan gambaran dari pilihan, bila kita harus memilih salah satu dari ungkapan diatas. Gambaran ini hanya penegasan atas kejadian atau peristiwa yang tidak menyenangkan saja.
  • Bila kita memilih Pengalaman diri sendiri adalah guru yang terbaik maka berarti kita mempelajari setiap langkah yang telah kita lakukan, mengingatnya dalam pikiran kita dan mempraktekkanya kembali dalam langkah selanjutnya. Bila sesuatu yang tidak menyenangkan itu menimpa diri kita, maka kita akan belajar bagaimana caranya agar tidak menimpa untuk kedua kalinya. Pengalaman ini sudah jelas kita sendiri yang mengalaminya, kita sendiri yang merasakan sakitnya dan kita sendiri yang menanggung akibatnya. Kita baru belajar setelah kajadian itu secara nyata menimpa diri kita. Apakah kita tidak memiliki potensi untuk menghindarkan diri kita dari sesuatu yang tidak menyenangkan dengan melihat pengalaman orang lain ? Bukankah manusia telah dianugerahi kelebihan pikiran untuk membaca lingkungan di sekitar kita? Apakah kita akan membiarkan diri kita tertimpa sesuatu yang tidak menyenangkan setelah semuanya terjadi pada orang lain? Semuanya adalah tergantung kita memilih prinsip hidup kita terutama dalam menyikapi makna Pengalaman adalah guru yang terbaik.
  • Bila kita memilih Pengalaman orang lain adalah guru terbaik maka berarti kita membaca, mempelajari dan berpikir atas kejadian atau peristiwa yang menimpa orang lain dan menjadikannya sebagai pengingat agar sesuatu yang tidak menyenangkan itu tidak menimpa diri kita. Adalah suatu keuntungan bila kita dapat belajar dari pengalaman orang lain, karena menjadikan kita akan lebih hati-hati dan cermat dalam mengambil langkah hidup kita. Kita bisa belajar dari orang-orang yang telah sukses dan menemukan kedamaian hidupnya, tetapi kita juga bisa belajar agar terhindar dari keterpurukan seperti yang telah lebih dulu menimpa orang lain. Bila kita telah belajar dari keberhasilan seseorang, bukankah itu adalah suatu keuntungan besar buat kita? Bila kita telah belajar dari seseorang yang telah tertimpa sesuatu yang tidak menyenangkan, bukankah itu suatu pelajaran berharga agar kita terhindar dari keburukan itu? Apakah kita masih akan membiarkan diri kita tertimpa sesuatu yang tidak menyenangkan setelah orang lain merasakan betapa sakit dan sedihnya? Maka, belajarlah dari pengalaman orang lain sebelum sesuatu yang tidak menyenangkan menimpa diri kita.
Dari gambaran diatas, tentunya kita bisa menentukan prinsip hidup yang manakah yang akan kita ambil. Penulis tidak akan mengarahkan pada pilihan tertentu, karena semuanya tergantung pada diri Anda masing-masing. Lain orang maka lain pula cara berpikir dan mengambil keputusannya. Semuanya tergantung pada hati nurani dan akal pikiran Anda.
Kedua ungkapan tersebut pada dasarnya tidak bisa dipisahkan, mengapa? karena keduanya mungkin bisa terjadi dalam hidup kita, seperti halnya kebaikan dan keburukan yang selalu silih berganti menimpa setiap manusia. Hanya saja manusia dengan segala kelebihan yang telah dianugerahkan, bisa menentukan mana yang terbaik diantara yang baik. Bukankah hidup ini adalah pilihan?
Semoga kita senantiasa terhindar dari sesuatu yang tidak menyenangkan dan keburukan yang tidak diinginkan. Dan tetap bersabar jika memang keburukan itu menimpa diri kita terlebih dahulu. Prinsip hidup kita akan menentukan kondisi harapan kita pada masa yang akan datang. Berusahalah terhindar dari sesuatu yang tidak menyenangkan dengan belajar mengkaji dari pengalaman orang lain.