Sabtu, 9 Mac 2013

Budak-budak Underground 2

Ok,kita sambung balik fasal budak underground...ini yang ke 2 ok..Selamat membaca!!!hahaha

9. Mat Hardcore.
• dahulunya dikenali sebagai Budak CM Atas. Kenapa atas? Sebab masa zaman-zaman kegemilangan Hardcore Malaysia dahulu (zaman Strange Culture Records, kepada yang ingat) mereka ini pantang di lihat melepak di Restoran Hameed yang terletak di sebelah bawah Pasar Seni Kuala Lumpur yang penuh dengan peminat indie, punk dan ahli kumpulan Exist serta Fotograf. Istilah KLHC atau Kuala Lumpur Hard Core popular dahulu, tetapi sekarang istilah MYHC atau Mamat Yang Hard Core lebih diutamakan. Mungkin.
• suka melompat ketika gambar mereka di ambil di gig. Tak kisahlah sama ada bermain di atas pentas atau sekadar penonton, janji lompat. Lagi tinggi lagi bagus. Paling seronok kalau berada di gig yang ada mosh-pit.(sape-sape yang paham tu buat-buat tak paham lah ye...hahaha)
• suka mengambil gambar kumpulan beramai-ramai, terutamanya di dalam terowong. Selalunya berseluar pendek dan berbaju hitam, berjenama tempatan seperti Suicidal Clothing dan Hatkor Clothing.
• paling agresif. Suka pukul penulis blog beramai-ramai.
• yang sudah berteman wanita akan mula mengalih minat ke jenis muzik screamo, kemudiannya emo dan akhirnya Damien Rice.
• band tempatan kegemaran : Cassandra, Second Combat.

10. Mat Muzik Seni.
• paling tiada rupa peminat muzik. Selalunya berpakaian macam pelukis selekeh.
genre kegemaran : noise dan avant garde. Contohnya bunyi peti ais, bunyi hawa dingin, kentut dan statik.
• sering dilihat bersama mikrofon dan perakam bunyi. Komputer riba juga teman sejati. Pandai melukis, bersajak, berpuisi dan menari abstrak.
• sukakan persembahan seni+muzik yang diselitkan dengan tarian artistik lelaki bogel, ketukan periuk dan gergaji patah. Selalunya sebab tak pandai main muzik atau mengutamakan ekspresi muzik lebih dari muzik itu sendiri.
• artis tempatan kegemaran : Goh Lee Kwang, Ciplak.

11. Mat Skinhead.
• botak. Suka pakai bomber jacket atau apa-apa jaket tebat, berkasut but kulit hitam bertali kasut putih dan berseluar ketat biru yang dikenakan suspender.
• suka minum arak dan perasan mabuk sikit sudah naik angin. Suka membelasah orang disebabkan mabuk sikit. Sekurang-kurang ada alasan, "Saya mabuk bang...."
• suka pergi ke London jika ada duit untuk mendalami scene skinhead di sana. Sampai di sana selalunya dipukul Mat Salleh skinhead atas dasar diri bukan Mat Salleh atau kaum Aryan.
• selain dari punk, amat meminati ska, rock steady dan reggae sikit. Semuanya sebab boleh skanking. (Tarian bebas ala-beruk yang menyusahkan orang awam.)
• berumur kurang 22 tahun tapi pandai minum Guinness.
• contoh band tempatan kegemaran : ACAB (yang sudahpun indie dan berambut panjang), Gerhana Ska Cinta.

12. Mat Singer-Songwriter.
• hanya minat muzik yang didendangkan dengan satu atau dua gitar akustik berserta gendang. Tiada gitar elektrik, tiada dram.
• suka menulis surat cinta dan pakai baju yang menampakkan bulu dada.
• paling ramai kawan perempuan di antara semua kelompok di sini sebab mereka sensitif dan penyayang. Kadangkala dianggap homoseksual.
• contoh artis tempatan kegemaran : Reza Salleh, Azmyl Yunor.

13. Mat Rock Kapak.
• kelompok yang paling jarang dijumpai. Senang dijumpai di Singapura. Aku tak tahu kenapa.
• rambut panjang mengerbang, jeans ketat dan baju singlet nampak bulu ketiak. Aksesori kegemaran : key (saputangan bercetak Pakalolo), kasut sukan Aliph Hi-Cut.
• subjek utama filem "Rock" arahan Mamat Khalid. ("Rock ouh...!")
• selalunya berjalan kengkang disebabkan seluar yang ketat. Leher yang berotot disebabkan selalu berheadbanging.
• rajin sembahyang.
• kalau rakyat Malaysia, selalu dianggap orang Jawa Singapura atau Jawa dari Jawa.
• contoh band tempatan kegemaran : Search (versi Hillary Ang), Wings (versi "Hukum Karma")

14. Mat Mod.
• kelompok asli dari kelompok #2. Lebih menjurus ke arah indie dari UK pra-1992 seperti The Smiths, Joy Division, The Cure. Juga minat ke rock klasik dari UK seperti The Who, The Stooges dan The Jam.
• suka skuter Vespa klasik ala Sting dalam filem "Quadrophenia".
• suka menonton siri televisyen CSI semata-mata hendak mendengar lagu tema CSI yang dipetik dari lagu The Who.
• paling tak suka jika ke The Loft di Zouk pada malam Jumaat dan kebetulan datang ketika giliran DJ Xu main.
• contoh band tempatan kegemaran : OAG, Laila's Lounge.

15. Man Rasta.
• suka reggae dan warna merah, kuning dan hijau. Jarang bersyampu rambut.
• suka berekreasi sambil menghisap daun yang bukan tembakau dan mandi laut.
• sembah 'Jah' walaupun dalam kad pengenalan beragama Islam. (aku rasa stereotaip sangat sampai aku pun malas tulis.)
• band tempatan kegemaran : Republic of Brickfields, Prana.

16. Otai
• tuhan scene berumur 30 tahun ke atas dan masih kekal underground. Maksudnya tak pernah sertai rancangan "Blast Off", "Akademi Fantasia" mahupun "Sempurnakan Harimu".
• selalu menjadi bahan wawancara penulis giat yang menerbitkan zine yang difotostat penuh dedikasi dan usaha dari luar Wilayah Persekutuan dan Selangor.
• ada blog sendiri. Mungkin.

Banyak sangat tulis ni. Aku berhenti di sini, lihat apa kata kamu pula...hahahahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan